Sunday, 29 December 2013

Sayounara 2013 ohayo 2014 !







Assalamualaikum kawan-kawan.



cek kalender.



 --------> 29.12.2013 <---------



lagi 2 hari nak ke tahun baru.



act. saje je nak tulis awal entri ni. Malas nak tunggu betul-betul malam akhir tahun tu.




btw  ni nak rasa sedih ke rasa happy ha?
tatau la.


so whatever it is.. goodbye 2013.






tata..


 *horaaa asyimonoto womiee tegora wuu koregaa anatanoo ayumu michi...




haha. Ada-ada je.



Tahun ni banyak sangat benda berlaku kepada aku.




perkara-perkara yang menguji keimanan aku.




dan bila dah mengharunginya barulah aku tahu yang iman aku ni masih belum mantap.


kebergantungan aku kepada Allah masih rapuh.


Aku mengira segala amal yg aku buat selama telah melabelkan aku sebagai 'islam yg sejati'.


Tak.


Aku riyak.


Walaupun aku tak menzahirkan riak tu pada sesiapa , tapi aku secara tak langsung dah menzahirkannya pada diri aku sendiri.


okay. 





puih to myself awhile.


Korang sila boo aku.


and urm.. next year aku SPM .



Finale year at school.. SMK Ideal heights.


Doakan aku ngan sahabat-sahabat untuk perjuangan ni.


dan untuk perjuangan-perjuangan yang seterusnya.



Juga aku nak ucapkan selamat menempuh alam senior kepada member-member aku yang kat seri puteri tuh.


Toksah la duk regging2 dak2 junior tu..kang pakat PT beramai-ramai lak. :D 

Gurau je ye.


sorry guys.. aku PT awai. Tak sempat nak menjadi keluarga Alacris.


:(


last word.

tahun 2014 ni jom kita sama-sama tingkatkan ibadah kita !! kita jaga solat..melazimi zikir..
best tau jadi baik .. tapi tak best jadi baik sensorang...




WELCOME 2014..KAMU DIALU-ALUKAN !



pls be nice to me.




end. *penutup entry untuk tahun 2013.




Assalamualaikum.




-adios-

























Saturday, 28 December 2013

Keyboard Wo-ri-ya !


           Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh ^_^



Actually mati kutu ni. Pikiaq punya pikiaq nak tulih pasai pa ni..akhirnya cek  
berjaya menjumpai perkataan ini..----> KEYBOARD WO-RI-YA(warrior)



Haha kita kasi highlight naa term uhh.. 




                                          hmm. Hanpa ka ni?


are you one of 'em? or i am..? *scream !





ya Allah punyalah takut aku dengar term ni.


Wahai saudara-saudaraku.....



Allah swt mengingatkan dalam Surah al-Saff ayat ke-2 , yang maksudnya begini....



"Wahai orang yang beriman !  Mengapa kamu memperkatakan sesuatu  yang kamu sendiri tidak melakukannya?"




dan ayat seterusnya pula memberi amaran betapa murkanya Allah terhadap mereka yang memperkatakan perkara yang mereka tidak lakukan.





ok done with dat already.





Hari ini situasinya agak berbeza.







 "KEYBOARD WARRIOR" .




 Ha. Korang mesti pernah jumpa istilah ni kan..?


 ia merujuk kepada mereka yang 'champiyen' di paparan skrin komputer......
namun dalam kehidupan realitinya mereka tidak melakukan apa-apa pun !








umpama tin kosong


ce dengar bunyi tin kosong..(buang tebiat je)..okay2 dengar luu.


bunyinya mestilah kuat keletang ketung enn... tetapi isi pon tarakkk.


Macam tu gak lee.. "keyboard warrior"  ni ada banyak benda yang mahu dibicarakan..


sedangkan apa yang ditulis langsung tidak sama dengan keadaannya.



Cakapnya membara.



lebat.



kilat. 




tapi, tindakannya habuk !



Yang hanya dimahukannya populariti melalui butang 'like' yang ditekan kawan.



Masa banyak terluang sedangkan masih banyak lagi perkara 'berpekdah'  yang boleh dilakukan ketika itu.



Golongan ni sebenarnya ada di mana-mana. Dan aku yakin juga yang korang pasti pernah sendiri berhadapan dengan mereka di ruang maya.

 Mereka bertindak mengikut  emosi dan perasaan. 


Mereka tidak berbicara dengan ilmu, sebaliknya membiarkan jari-jemari menari mengikut nafsu.

"Keyboard warrior" sering kali menulis perkara yang mereka sendiri tak buat.

macam.......



mengingatkan tentang solat.. namun mereka sendiri suka melambat-lambatkan. 



Memberi hikmah menjaga masa tetapi selalu membuang masa.



Cukup pandai berkata-kata menerusi frasa, namun tidak memastikan bicara mereka terlaksana.



Sering membuat komentar-komentar pedas menyengat, sukar menerima pandangan orang lain dan menganggap diri sendiri jee betui. 



Jika pendiriannya ditolak, mereka menyerang bertubi-tubi ibarat machine gun dengan nasihat dan tuduhan yang tidak berasas... 


dan yang paling sadis, mereka menjadikan bahasa kesat sebagai siulan di papan kekunci mereka.. (tak perlu lah aku bg detail cane bahasa kesat tu..siakk oops)





      so...salahkah berdakwah ...??

weh chill luu, relaksss.

topik ni bukan nak buatkan korang stop berdakwah menggunakan laman sosial.

tapi nak buat kita semua lebih berhati-hati dan lebih berhikmah dalam kehidupan bersosial. :) (Y)



Dan aku pon bangga la gak bila tgk kat twider, efbi semua banyak pendakwah-pendakwah yg muncul.. Korang suma memang CUN!

Tahniah ! Bravo ! 







untuk korang.




TAPI..



Tak kurang juga dengan kata-kata hinaan yg diterima oleh Daie2 ni..



" bajet tweet agama... poyo post-post benda baik-baik konon .Ko tu pon bukannya baik mana pon..takyah nak riyak lah"




Komen aku..



"hmm." 


"pfft."



bistu..Kalau nak tunggu semua orang baik untuk berdakwah..memang takkan ada lah orang yang berdakwah kat muka bumi ni..



kawan-kawan ..


Kita takkan lama di dunia ni.. 

Trust me.



Aku tau korang mesti tak terkesan bila sebut pasal mati, mati , dan mati...



Reapons umum.

"alah. semua orang akan mati tu pasti.."

sebab..

kematian tu begitu jauhh dari kita semua..


adakah kita nak tunggu mak / ayah / adik/ kakak/ abang/ kita mati dulu baru kita nak rasa kematian tu dekat dengan kita...?


tak nak bukan..?

:'(

seyesly.. aku pernah terfikir.

dalam hati*

"agak-agaknya pada tahun 2100 , hidup lagi takk?" 



hmm. Tiada jawapan.


Tiada siapa pon yang tahu dia mati bila.



Jadi... bila mati.. Azab kubur... Azab neraka... Kita mampu ke nak tanggung?

aneh. 

kita masih mampu bergelak ketawa... bergelumang dosa.. walhal kita tau azab neraka menanti.


tak pernah ke terpikir ?



ke malas nak pikir ?



ke...bila da usia 40 tahun baru terhegeh-hegeh nak cari tikar sejadah ?



sempat ke nak hidup sampai 40 tahun tu?



"..."


"...."


"........."


"...................."






Baiklah.


teremo kejap.


last ni aku nak bg : 3 Tips berkongsi bahan dakwah. :)


1. Bila nak share apa-apa tu pastikan kita mengambil dan menghayati dulu mesejnya.. Jangan sekadar 'share' untuk bagi orang ingat yang kita ni suka share benda yg bebaik je.. Tajdid niat pls.


2. Bila mengajak org buat baik, pastikan kita orang yang PERTAMA menyahut seruan tersebut. Walaupun diri tak sempurna..tidak mengapa kerana at least anda ingin berubah menjadi yang lebih baik. Jadikan tazkirah itu sebagai motivasi.


3. Bila nampak kemungkaran di ruang maya, carilah jalan yang efektif untuk mencegahnya.. Bukan sekadar menerjah. Jika ternampak ada komen member-member yang terlari dari syarak tu..dekati dan tegurlah dengan cara yang berhikmah.. contohilah Raulullah dlm berdakwah..baginda sabar dan bijak dalam berhujah ^_^



p/s: hati-hati dengan setiap tulisan yang kita coret di ruang maya.
Mungkin kita boleh delete segala tulisan bila orang sudah marah kita..tapi kalau Allah marah....?




sumber:GenQ isu no.23 (Ahmad Badrul Sani Baharudin)


-adios-

 Assalamualaikum.



Tuesday, 24 December 2013

Aku Perlukan Kalian, Sekarang !


                                                     Assalamualaikum ^_^



Bismillahirahmanirrahim







AKU PERLUKAN KALIAN SEKARANG!


credit to:http://budak-tomato.blogspot.com

Kita dah kata sayonara pada jahiliyah, kan? Kita dah pun ucap ohayo pada tarbiyah, kan? Jom kawan, pimpin tangan aku. Rentas trek dakwah dengan gerak langkah paling bergaya, sebagai pemuda pemudi harapan agama. Ikhwah di depan, sebagai qawama. Akhawat di belakang, sebagai penguat. Aku perlukan kalian. Masa dah suntuk!

Jom kawan, kita bersatu hati. Tinggalkan jahiliyah yang membelenggu diri. Tinggalkan kegelapan yang menutup hati. Aku perlukan kalian, kerja dakwah tak berjalan tanpa bantuan remaja-remaja harapan agama. Aku perlukan kalian.

Jom kawan, ikat hati-hati kita dengan doa rabithah. Tarik mana-mana yang dah tergelincir dari landasan fikrah. Berpaut tubuh sama-sama. Janji dengan aku, ukhuwah ini tak akan terlerai sampai bila-bila, boleh? Biar begini, sampai syurga nanti.

Jom kawan. masa kita tak banyak. Urusan tarbiyah tak boleh berhenti. Gerakan dakwah tak boleh mati. Bila ada yang terhanyut, jangan biar. Itu tugas kita, sedarkan mereka yang alpa. Kita kan kawan?

Kawan, jujur aku kata. Aku rindukan satu barisan ukhuwah. Aku rindukan akhawat dan ikhwah yang sanggup berjaga malam demi memartabatkan agama. Aku rindukan masjid dan surau yang diimarahkan para remaja. Aku rindukan saf subuh yang penuh. Aku rindukan gelak tawa mereka yang berjuang fissabilillah. Kita buat bulatan gembira sama-sama nak? Berkongsi tazkirah, berkongsi cinta. Aku rindu semuanya.

Kawan, kita semua manusia luarbiasa. Kita semua bukan manusia biasa. Jalan dakwah dan tarbiyah, bukan jalan untuk orang-orang biasa. Amacam? Nak join aku tak? Kita semua jadi ikhwah akhawat yang sumpah osem dengan buka hati untuk ditarbiyah.

Jomlah, ikut aku. Kita sama-sama majukan bangsa. Buang saja rokok tu. Membazir duit, membuang nyawa. Simpan saja pakaian tak cukup kain tu, pakai di rumah, dalam bilik sorang-sorang tak apa.

Nak tahu satu rahsia tak?

Syabab yang wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk tu nampak sangat macho lagi menenangkan. Tambahkan perisa senyuman, sumpah menawan!

Akhawat yang bertudung labuh menutup dada tu nampak sangat manis pada pandangan. Tambah dengan akhlak yang sopan, sungguh seindah perhiasan. Lawa tu!

Seronok dipuji?

Jom, alangkah seronoknya berukhwah fillah. Aku nak cabar satu benda, boleh?

Bila bertemu di jalan-jalan atau di RnR, nampak sesama ikhwah, cuba beri salam, senyum, berjabat tangan. Walaupun kita saling tak kenal, bukankah hati kita sudah terpaut dengan doa rabithah?

Bila berjalan di taman bunga atau pasar raya, ternampak sesama akhawat, cuba beri salam, senyum dan bersalaman. Nak buat salam semut pun okey! Tak kenal? Tak apa. Hati kita sudah bersatu dengan doa rabithah.

Cuba bayangkan, kalau semua orang buat perkara yang sama, aku yakin dengan izin Allah, barisan qawama dan penguat sudah ampuh. Boleh jadi satu barisan yang membanggakan ummah.

Takbir!

Allahuakbar!

Ada lagi. Kita bangun solat malam. Boleh? Ala kenapa tak boleh? Hubungan kita dengan manusia dah mula melangkah setapak ke hadapan. Hubungan kita dengan Allah pula sekarang. Walaupun ini perkara pertama sepatutnya diambil kira.

Bangun malam, solat sunat. Doakan kejayaan kita. Kita semua, boleh? Aku doakan kamu, kamu doakan aku. Aku doakan ukhuwah kita sampai syurga, kalian doakan ukhuwah kita sekencang dakwah. Amacam? Bersatulah, bersatu kerana Allah! Inilah kisah cinta kita. Kisah cinta kita, berada di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Bila nampak ada yang terjatuh, janganlah cepat mengutuk. Bantu, kawan. Bantu. Andainya aku jatuh, tarik aku. Begitu juga sebaliknya.

Aku mohon, aku perlukan kalian. Perjuangan ini tak berhasil kalau aku bersendiri. Aku perlukan penembak-penembak tepat. Aku perlu tembakan doa dari kalian. Bantu aku, aku minta, bantu aku realisasikan impian ini. Impian menjadikan kita semua generasi harapan agama!

Jom kawan, amalkan baca Al Quran paling kurang sehari satu muka surat. Amalkan sentiasa berwudhuk. Jom kawan, kita berukhwah sampai syurga.

Takmil wa istikmal gitu boh! Jom kawan, lari sama-sama dengan aku di atas trek dakwah ini! Lari jauh-jauh dari jahiliyah! Cepat kawan, masa kita tak banyak, dah singkat!


p/s: credit to http://budak-tomato.blogspot.com . Alhamdulillah ... mari kita baca-baca coretan yang baik-baik semoga hati kita pon akan terpaut dengan kebaikan.. sedikit demi sedikit saudaraku. Tidak mengapa... merangkaklah pada hari ini agar pada hari esok kita sudah mampu untuk berlari !!






lets we??


yeah dats what it should be.



dan jangan remehkan kekuatan doa....


-adios-

Tanggalkan Kaca Matamu.



credit to budak tomato.



Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Kau kata syurga tu bukan untuk orang-orang biasa. Tapi tanpa sedar, kau juga manusia biasa. Terlalu biasa. Sebab tu mudah saja tersungkur bila di caci. Mudah rebah bila di hina. Mudah bersangka buruk dengan orang sekeliling.

Apa kau ingat hati kau bersih sangat? Kau tulis entri baik-baik di blog. Kau lakarkan ayat-ayat dakwah di twitter. Kau pendekar alam maya. Berdiri megah, melangkah gagah. Realiti? Kau hancur. Sudah-sudahlah.

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main dota boleh pula rajin kan? Exam buat nak tak nak, tapi result nak gempak, kan? Ibadah nak cepat, tidur nak lama, makan nak sedap, rumah nak bersih, duit nak banyak, Al Quran? Ah satu dua muka surat sehari kira okay lah tu. Kan?

Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear ibadah, cukup ala kadar. And then kau expect diri nak masuk syurga? Sedarlah diri tu, sedar.

*nangis*


Awak yang diberi keizinan mengawal jasad,

Awak sedar tak semua yang Allah bagi ni pinjaman? Awak sedar tak duit berkepuk-kepuk dalam dompet tu semua Allah yang punya? Awak sedar tak awak bernafas tu atas izin siapa? Awak sedar tak masa lapang awak terbazir sia-sia? Awak sedar tak masa yang dah berlalu tu tak boleh di ulang semula? Awak sedar tak hidup awak diperhatikan Dia? Awak sedar tak jantung awak tak berhenti berdegup waktu awak buat dosa tu atas rahmat dan kasih sayang siapa?

Sedar tak awak?

Awak masih tak sedar?

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*

Kehadapan anda yang bermuka-muka,

Anda yang kononnya sibuk ikut usrah,

Anda yang kononnya dekat dengan Allah,

Anda yang yang doplohpat jam disanjung manusia,

Anda yang sentiasa senyum kononnya dah yakin tak mungkin menjejak neraka,

Anda, anda boleh jamin ke senyuman anda ni akan terus kekal hingga ke syurga? Atau senyuman ni terukir sampai mati saja?

Sudahlah.

Anda, anda tahu tak anda buat dosa hari-hari? Tapi anda sedar tak anda nak buat solat taubat pun belum tentu sebulan sekali? Anda kata nak masuk syurga, tapi kenapa tak berperangai macam ahli syurga?

Anda kata anda nak jadi soleh dan ajak orang lain jadi soleh.

Anda kata anda nak tengok Islam tertegak di muka bumi.

Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,
Luahan Hati Anda



*tarik nafas dalam-dalam*


Dia tahu aku down. Dia tahu aku penat. Dia tahu aku lemah. Dia tahu aku lelah. Dia tahu betapa hancur luluh hati aku. Dia tahu betapa tak bermaya aku nak terus melangkah. Dia tahu.

Tapi Dia nak aku tahu, 67:13.

Surah Al Mulk. Ayat 13.

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Nangis.

Argh! Pedih. Hati ni pedih. Sakit.

Allah tahu. Allah tahu. Allah tahu.

Allah sayang aku. Allah tahu aku mampu. Sebab tu Dia terus terusan bagi aku ujian. Dia bukan benci aku. Tapi sebab ujian yang hebat cuma untuk orang yang hebat.

Ajaib urusan mukmin, bila ditimpa musibah, mereka bersabar. Bila diberi nikmat, meraka bersyukur.

Rasa macam...

Beriman ke aku ni? Bila ditimpa musibah, menangis. Bila Allah uji, jatuh. Bila Allah tarik nikmat, mengeluh. Bila Allah kurniakan rezeki, lupa bersyukur.

Lalu aku duduk. Mata masa habuk.


Digelar 'pendakwah' bukan satu yang boleh dibawa main. Ini amanah, dan perkara yang paling berat dalam dunia ni adalah amanah.



"Kau tahu tak, kebanyakan pendakwah ni kaca. Cuma segelintir saja yang mutiara."

"Apa maksud kau?"

"Kaca tu benda senang nak dapat. Rapuh pula tu."


"............."

"Mutiara tu mahal. Susah nak dapat. Tahan lasak, susah pecah, kuat."

Diam. Nak marah, ada betulnya. Nak setuju, hati macam taknak terima.

"Aku taknak kau termasuk dalam kategori kaca. Sebab kaca dan mutiara, kilauannya sama. Tapi, nilainya berbeza."

"Apa yang boleh buat aku jadi mutiara?"

"Buang riyak. Buang rasa bangga diri yang tumbuh dalam ni."


Katanya sambil tepuk dada aku beberapa kali.

Terasa semacam terkena renjatan elektrik. Pedih tertusuk sampai ke ulu hati.

"Ha lagi satu, tarbiyah ni bukan untuk orang yang manja."

"Contoh manja?"

"Bila ditegur, dia melenting. Bila dinasihat, dia marah. Kononnya dia sorang betul. Bila diberi kerja last minute, dia mengeluh. Mudah putusasa."


Jeda seketika.

"Lagi?"

"Muhasabah diri. Apa negatif yang ada dalam diri, besar kemungkinan, ia termasuk dalam kategori manja tu."


Lalu dia pergi.

Termenung.

Kawan tu, yang datang dan tegur untuk sama-sama perbaiki. Bukan sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi.


Lalu aku tanggalkan kaca mata ini. Kaca mata yang menunjukkan segala kebaikan yang pernah aku buat. Mula melihat dosa yang aku buat selama ni dan aku abaikan kononnya Allah tu sifatnya bukan Maha Melihat.






p/s: credit to Budak tomato kerana mengizinkan saya untuk kopipes entry ini. Entry ini sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir di saat aku sepi. 


-adios-

Friday, 20 December 2013

Tiduuurrr purr...:3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. *panjang seyh tapi panjang nilah pahalanya penuh..korang "semekom".. hempuk kang.

sebelum tu aku nak ucapkan TAHNIAH la kat adik-adik fom 3 yang amik result semalam.

yang dapat straight A' s tu jangan bangga diri, whilee yang result tak seberapa tu ... oh c'mon la its not the end of da world.... SPM buat betol2.

hahaha and welcome to HONEYMOON YEAR ^^


haha... okay krik krik. 

Kembali pada tajuk entri kali ni.


 'Tidurr'. 




COMEL je Harry potter baby ni tido.. :)






Semua orang mesti suka tiduur kan . 

Ceh , Tipulah tu tak suka.

Alololo baik mengaku. 

Okay thanks sebab anda jujur.

And THANKS gak sebab korang masih di sini untuk membaca tulisan aku ni ^^

Macam yang suma org tahu , tidur tu kan penting tapi jangan terlebih tidur plak...

tu pon kalau korang taknak hilang manfaat ilmu korang laa. 

Ye termasuklah ilmu Addmaths, Biology, Kimia , Fizik korang (pelajar sc stream, mohon terasa)

dannn.. seterusnya hati korang akan tertutup untuk menerima ilmu sebagaimana tertutupnya kedua-dua telinga daripada mendengar suara.



so... senang kata, conclusionnya yang sentapnya, korang akan jadi STUPID DUM DUM la kalau banyak tidur. Pahamm?


Di sini..Aku nak kongsi sebuah cerita yang menarik ..pasal seorang tokoh Islam yang namanya Imam Ahmad Bin Hanbal.

Yes, Anda memang pandai. Pengasas Mazhab Hanbali tu (kalau nak tau lebih lanjut sila buka buku P. Agama Islam Ting. 4)


okay, Imam Ahmad ni, selain seorang yang sangat berilmu, beliau ni juga seorang yang sangat tekun beribadah.

Kalau kita malam-malam tiduur, tapi tak bagi beliau.
Sebabnya beliau gemar mengisi malamnya dengan pebagai aktiviti ibadah.

Pernah tak korang terbayang macam mana eh rasanya tidurr kat rumah Imam Ahmad???

okay meh sini aku ceritakan.






Pada suatu hari..............

Seorang pelajar bernama Asim Bin Isam menceritakan peristiwa yang berlaku pada dirinya ketika di rumah Imam Ahmad.

Asim Bin Isam pun berkata....


"Suatu malam aku menginap di rumah Imam Ahmad Bin Hanbal.

Beliau membawakan air (wudhu'), lalu meletakkan di bilikku.

Keesokkan harinya , Imam Ahmad datang lagi ke bilikku .

Apabila melihat air yang beliau sediakan seolah-olah tidak digunakan....

 Imam Ahmad berkata : " SUBHANALLAH ! seorang penuntut ilmu tidak berwirid pada waktu malam ?" (Al-Jami'li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami)


Actually guys, teguran Imam AHMAD kepada Asim Bin Isam ni mengingatkan kita akan hakikat seorang penuntut ilmu.

Title ni bukan sebarang title.

Tapi...

di sebaliknya title ini , terletaknya satu  tanggungjawab yang sangat tinggi.

Seorang penuntut ilmu sepatutnya mampu memartabatkan masyarakat dengan ilmunya. 

So, dengan ilmu yg dimiliki sudah pasti dia mampu untuk memadamkan duri-duri kejahilan pada orang di sekelilingnya.

For sure task ni is not dat easy right? Maka thats why seseorang pelajar mesti selalu memiliki hubungan yang ERAT dengan Allah.


Berbalik pada cerita Imam Ahmad tadi, sebab tu lah Imam Ahmad PELIK GILER melihat seorang pelajar yang tak melakukan wirid pada waktu malam.

ACT, wirid ni bukannya amalan yang dilakukan sebaik sahaja selepas solat je ye wahai orang2 melayu (mindset). 

Tapi....

Wirid tu adalah satu amakan ibadah yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja..boleh jadi ibadah tu berbentuk solat,baca Quran , zikir, puasa dsb.

and.

Satu ibadah yang tak pernah ditinggalkan oleh setiap ulama ialah bertahajud pasa tengan malam. Sebab 1 rakaat pada waktu malam  kualitinya melebihi 10 rakaat pasa siang hari. BANYAK KAN???!


tapi guys , apa apa pon sebanyak mana sunat pon kita buat, 1 perkara yang WAJIB kita cek dulu ialan solat kita yang LIMA tu... 

kalau pass, okay cantek kalau nak buat sunat ^^


Dengar ni! 

Rasulullah bersabda : "setiap kali seorang manusia todur, syaitan akan mengikat 3 ikatan di kepalanya, meniupnya dan berkata...

"tidurlah..... malam masih panjang"

Jika ia terbangun pada tengah malam , lalu mengingati Allah, maka 1 ikatan terbuka.


Jika ia berwudhuk , maka 1 lagi ikatan terbuka.

Dan jika ia melakukan solat , maka ke3 tiga ikatan itu terbuka kesemuanyaa.

Pada pagi hari ia akan bangun dengan segar dengan jiwa yang bergembira.

Jika ia tak bangun malam, maka ia akan bangun pada pagi hari dalam
keadaan yang malas dan jiwa yang kotor " (RIWAYAT AL-BUKHARI)




Mengurangkan tidur adalah salah satu syarat utama yang mesti dilakukan setiap pelajar yangingin menguasai ilmu dunia mahupon dunia akhirat.

Apabila diceritakan kepada Rasulullah tentang seseorang yang tiduur hingga pagi dan tidak sempat bangun malam untuk beribadat, baginda bersabda ,:

"Orang itu telah dikencing syaitan di kedua-dua matanya ."
(RIWAYAT AL-BUKHARI)


Muazah al- Adawiyyah pernah berkata : "Aku hairan dengan orang terlalu banyak tidur. Bukankah ia mengetahui bahawa ia akan banyak tidurr di dalam kubur?"


So , aku nak cakap kat sini peringatan buat diri aku dan korang jugak kawan-kawan , aku rasa tak perlu kot nak tido cukup-cukup 8 jam.

Cukuplah bila korang rasa penat dan terjaga bila penat tu hilang.

Ce imagine kalaukalau Imam Ahmad tu pon terkejot gile tengok seorang pelajar yang tak berwirid pada tengah malam, agak-agak apa ucapan beliau ek kalau tengok kita ni solat subuh pon terbabas.


Pikir-pikirkanlah.






p/s : Aku tak kisah kalau korang buat kopi cicah pasta (copy paste) dgn sebarang apa-apa yang ada dalam blog aku nie.
Sebab bagi aku ilmu ni bukan untuk aku sorang je and bukan jugak untuk disimpan dalam poket je. 

So spread IT !! ^^



Mari hidupkan Sunnah : 

RASULULLAH bersabda :"Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat , maka ia akan disinari cahaya sehingga jumaat yang berikutnya." 
(RIWAYAT AL-NASA'I DAN AL-BAIHAQI)






adios.