sebelum tu aku nak ucapkan TAHNIAH la kat adik-adik fom 3 yang amik result semalam.
yang dapat straight A' s tu jangan bangga diri, whilee yang result tak seberapa tu ... oh c'mon la its not the end of da world.... SPM buat betol2.
hahaha and welcome to HONEYMOON YEAR ^^
haha... okay krik krik.
Kembali pada tajuk entri kali ni.
'Tidurr'.
![]() |
| COMEL je Harry potter baby ni tido.. :) |
Semua orang mesti suka tiduur kan .
Ceh , Tipulah tu tak suka.
Alololo baik mengaku.
Okay thanks sebab anda jujur.
And THANKS gak sebab korang masih di sini untuk membaca tulisan aku ni ^^
Macam yang suma org tahu , tidur tu kan penting tapi jangan terlebih tidur plak...
tu pon kalau korang taknak hilang manfaat ilmu korang laa.
Ye termasuklah ilmu Addmaths, Biology, Kimia , Fizik korang (pelajar sc stream, mohon terasa)
dannn.. seterusnya hati korang akan tertutup untuk menerima ilmu sebagaimana tertutupnya kedua-dua telinga daripada mendengar suara.
so... senang kata, conclusionnya yang sentapnya, korang akan jadi STUPID DUM DUM la kalau banyak tidur. Pahamm?
Di sini..Aku nak kongsi sebuah cerita yang menarik ..pasal seorang tokoh Islam yang namanya Imam Ahmad Bin Hanbal.
Yes, Anda memang pandai. Pengasas Mazhab Hanbali tu (kalau nak tau lebih lanjut sila buka buku P. Agama Islam Ting. 4)
okay, Imam Ahmad ni, selain seorang yang sangat berilmu, beliau ni juga seorang yang sangat tekun beribadah.
Kalau kita malam-malam tiduur, tapi tak bagi beliau.
Sebabnya beliau gemar mengisi malamnya dengan pebagai aktiviti ibadah.
Pernah tak korang terbayang macam mana eh rasanya tidurr kat rumah Imam Ahmad???
okay meh sini aku ceritakan.
Pada suatu hari..............
Seorang pelajar bernama Asim Bin Isam menceritakan peristiwa yang berlaku pada dirinya ketika di rumah Imam Ahmad.
Asim Bin Isam pun berkata....
"Suatu malam aku menginap di rumah Imam Ahmad Bin Hanbal.
Beliau membawakan air (wudhu'), lalu meletakkan di bilikku.
Keesokkan harinya , Imam Ahmad datang lagi ke bilikku .
Apabila melihat air yang beliau sediakan seolah-olah tidak digunakan....
Imam Ahmad berkata : " SUBHANALLAH ! seorang penuntut ilmu tidak berwirid pada waktu malam ?" (Al-Jami'li Akhlaq al-Rawi wa Adab al-Sami)
Actually guys, teguran Imam AHMAD kepada Asim Bin Isam ni mengingatkan kita akan hakikat seorang penuntut ilmu.
Title ni bukan sebarang title.
Tapi...
di sebaliknya title ini , terletaknya satu tanggungjawab yang sangat tinggi.
Seorang penuntut ilmu sepatutnya mampu memartabatkan masyarakat dengan ilmunya.
So, dengan ilmu yg dimiliki sudah pasti dia mampu untuk memadamkan duri-duri kejahilan pada orang di sekelilingnya.
For sure task ni is not dat easy right? Maka thats why seseorang pelajar mesti selalu memiliki hubungan yang ERAT dengan Allah.
Berbalik pada cerita Imam Ahmad tadi, sebab tu lah Imam Ahmad PELIK GILER melihat seorang pelajar yang tak melakukan wirid pada waktu malam.
ACT, wirid ni bukannya amalan yang dilakukan sebaik sahaja selepas solat je ye wahai orang2 melayu (mindset).
Tapi....
Wirid tu adalah satu amakan ibadah yang dilakukan pada bila-bila masa sahaja..boleh jadi ibadah tu berbentuk solat,baca Quran , zikir, puasa dsb.
and.
Satu ibadah yang tak pernah ditinggalkan oleh setiap ulama ialah bertahajud pasa tengan malam. Sebab 1 rakaat pada waktu malam kualitinya melebihi 10 rakaat pasa siang hari. BANYAK KAN???!
tapi guys , apa apa pon sebanyak mana sunat pon kita buat, 1 perkara yang WAJIB kita cek dulu ialan solat kita yang LIMA tu...
kalau pass, okay cantek kalau nak buat sunat ^^
Dengar ni!
Rasulullah bersabda : "setiap kali seorang manusia todur, syaitan akan mengikat 3 ikatan di kepalanya, meniupnya dan berkata...
"tidurlah..... malam masih panjang"
Jika ia terbangun pada tengah malam , lalu mengingati Allah, maka 1 ikatan terbuka.
Jika ia berwudhuk , maka 1 lagi ikatan terbuka.
Dan jika ia melakukan solat , maka ke3 tiga ikatan itu terbuka kesemuanyaa.
Pada pagi hari ia akan bangun dengan segar dengan jiwa yang bergembira.
Jika ia tak bangun malam, maka ia akan bangun pada pagi hari dalam
keadaan yang malas dan jiwa yang kotor " (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Mengurangkan tidur adalah salah satu syarat utama yang mesti dilakukan setiap pelajar yangingin menguasai ilmu dunia mahupon dunia akhirat.
Apabila diceritakan kepada Rasulullah tentang seseorang yang tiduur hingga pagi dan tidak sempat bangun malam untuk beribadat, baginda bersabda ,:
"Orang itu telah dikencing syaitan di kedua-dua matanya ."
(RIWAYAT AL-BUKHARI)
Muazah al- Adawiyyah pernah berkata : "Aku hairan dengan orang terlalu banyak tidur. Bukankah ia mengetahui bahawa ia akan banyak tidurr di dalam kubur?"
So , aku nak cakap kat sini peringatan buat diri aku dan korang jugak kawan-kawan , aku rasa tak perlu kot nak tido cukup-cukup 8 jam.
Cukuplah bila korang rasa penat dan terjaga bila penat tu hilang.
Ce imagine kalaukalau Imam Ahmad tu pon terkejot gile tengok seorang pelajar yang tak berwirid pada tengah malam, agak-agak apa ucapan beliau ek kalau tengok kita ni solat subuh pon terbabas.
Pikir-pikirkanlah.
p/s : Aku tak kisah kalau korang buat kopi cicah pasta (copy paste) dgn sebarang apa-apa yang ada dalam blog aku nie.
Sebab bagi aku ilmu ni bukan untuk aku sorang je and bukan jugak untuk disimpan dalam poket je.
So spread IT !! ^^
Mari hidupkan Sunnah :
RASULULLAH bersabda :"Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat , maka ia akan disinari cahaya sehingga jumaat yang berikutnya."
(RIWAYAT AL-NASA'I DAN AL-BAIHAQI)
adios.

No comments:
Post a Comment